Profil Sekolah

SEJARAH SKBBR

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang siap dibina pada bulan Jun 2000 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Pulau Pinang dengan kos hampir RM 7.5 juta. Disebabkan lokasinya yang strategik, maka ia diberi nama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang oleh Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.

Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini yang berteraskan ICT. Ia terdiri daripada 3 blok iaitu Blok Pentadbiran,Blok Makmal dan juga Blok Bilik Darjah. Kapasiti murid yang dapat ditampung adalah seramai 1200 orang. Walau bagaimanapun, setakat ini jumlah murid adalah seramai 557 orang termasuk murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Sekolah ini memulakan operasi dengan rasminya pada 7 Januari 2002 dengan permulaan murid seramai 11 orang murid yang datang dari persekitaran daerah Rawang.
Pusat Sumber Sekolah(PSS) mula beroperasi pada tahun 2003. PSS ditempatkan di Blok B tingkat 1.Mempunyai 3 bilik utama iaitu Bilik utama iaitu Bilik Perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik Bahan Bantu Mengajar, Bilik Kerja dan Pejabat PSS.